Friday, February 27, 2009

Usaha Tangga Kejayaan....

Alhamdullilah...hari ni tercapai impian pertama aku yg aku set masa mula-mula involve dlm fotografi ni..."upgrade machine".....
Ermm utk capai sesuatu kita kena ada target...pastu mesti ada plan dan seterusnya work with ur plan..insyaAllah...lambat ke cepat ke tak kisahlah tapi bila tercapai fuhhhh senyum..
Selain tu gak dlm ekonomi skang ni..rancangalah simpanan kita dgn sebaiknya, ini lah masanya utk buat saving terutamanya dlm unit trust conthnya dan menyimpan dlam insurans yg ada medic card...peace of mind org kata...
Apa-apa pun aku sgt seronot hari ni...:)

zaki ilyas
0136776213
love is power...

Thursday, February 26, 2009

Cerita Pak Samad

Terbaca nukilan Saterawan Negara Dato' A. Samad Said....penuh makna di dalamnya.
ditambah pula dgn sifat belaiu yg merendah diri dgn menyatakan..."Saya sudah umumkan dulu, saya bukan Sasterawan Negara, saya lebih senang dipanggil sasterawan rakyat,"

Berikut nukilan sajak beliau, ermm sama-sama lah kita renungkan..

Lalu, aku sayu dan aku pilu;
lalu, aku ragu dan aku malu …

Buah ranum pada tangkai;
bahasa gugur dari hati,
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?

Lalu pemimpin angkuh berkata …

Aku apa peduli
Kalaupun Shakespear turun ke bumi!

Lalu Sasterawan Negara bersumpah lagi …

Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri.

Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu,
berlidah dua.

Wednesday, February 25, 2009

Pulau Tawar, Jerantut dan Mat Kilau






Hujung tahun lepas dalam perjalanan pulang selepas cover satu majlis di jerantut dan kebetulan pula balik melalui Pulau Tawar dan nak ceritanya teringat pula yg disini pernah terkenal dgn Pahlawan Melayu Mat Kilau.
Sambil melilau kiri dan kanan kebetulannya lalulah dikawasan tanah perkuburan dimana disitulah bersemadinya pejuang negara Mat Kilau...(Al-Fatihah kepada rohnya)
Ermmm besar hati ini rasanya dapat ziarah pusara seorang pejuang yg cukup wibawa.....moga-moga pejuang kebangsaan akan terus subur hingga kini di jiwa setiap rakyat Malaysia...terutamanya..pejuang-pejuang dan pencinta-pencinta Islam...aminn..

cameron highlands






Entry ni just nak paparkan jer cerita trip ke cameron baru-baru ni....Masa pergi baru ni kebetulan cuaca hujan...agak terbatas nak bergerak,tapi yg bestnya cuaca sejuk mejuk....
Rasanya kalu bukan hujan mesti sejuk dia ala kadar jer kot, yelah berdasarkan maklumat yg mengatakan cameron ni dah tak macam dulu lagi....cuaca dan berubah..ermm angkara manusia juga.
So kat sini sy selitkan lah serba sedikit gambar-gambar kat sana tu....dan seperti biasa,jgn harap ler tukang ambik gambar nak masuk dlm gambar..harharhar...sebab sy kena duduk kt belakang kamera...kalu tak kamera mogok..lain-lain gambar kita selitkan masa ke semasa....gerak dulu...chow...