Sunday, August 29, 2010

31 ogos = hari kebangsaan Malaysia...

Esok tanggal 31 ogos 2010, genap tarikh Malaysia menyambut hari kebangsaan yg ke 53. Tapi aku perhatikan sambutannya kurang dan promosinya juga kurang....ya, mcm2 boleh kita utarakan/bagi pendapat disini...tiada paksaan atau mesti kena percaya setiap pendapat tu...
pada pandangan aku, hanya ingin menyentuh dua perkara...

Kurang sambutan= mungkin kerana kita berada dlm bln ramadhan, org lebih tertumpu tentang ibadat dan persedian sepanjang tempoh bulan tersebut... ibadat lebih penting untuk keberkatan hidup kita, jgn jadi org yg rugi. namun islam itu syumul, semua perkara kalu niatnya kerana Allah pasti ada ganjarannya. oleh itu pastikan persedian itu menurut aturan islam dan kerana Allah, bukan kerana individu tertentu atau untuk nama...wallahualam.

Promosi= sikit jer aku nak cakap, dalam paper,berita hal-hal berkaitan kemerdekaan/kebangsaan ini tak semeriah dahulu, media-media ni sibuk dgn perkara-perkara yg tak perlu dan tak sepatutnya diadakan di bulan ramadhan ni (kebetulan 31 ogos berada dlm bulan ramadhan)..fitnahnya,adu dombanya, dann arrrrrghh hilang modd aku memikirkannya...
aku ingat lagi masa sekolah kecik2 dulu, cikgu selalu sarankan baca suratkhabar utk membantu dlm menyediakan karangan/pengetahuan am dll, tapi sekarang kalu baca pun x der kaitan langsung...errrmmm....muak aku.

erm cukuplah kat situ, bagi aku sebagai peringatan...ramadhan akan masuk ke fasa terakhir dimana janji Allah terdapat 1 mlm yg lebih baik dr seribu bulan. Allah huakhbar....motivasi itu lebih baik utk menaikkan mood aku semula..mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan aku dlm mengharunginya..amin

aku rindu dah kat kampung ni....walaupun kerap balik, tapi bila time ramadhan-syawal ni mood dia lagi...hehehehe

Friday, August 20, 2010

Kisah Ramadhan

ermm 2 hari lepas ketika sebelum solat isyak di tempat wudhu...ada seorang lelaki dewasa meninggikan suara menyuruh sorang anak kecik percepatkan wudhunya...lain kali kalu nak cepat dtg lah awalkan..takpun ambillah wudhu di rumah dahulu....ermmm wallah'ualam.

lain cerita plak aku dgr dari sahabat yg bercerita tentang susunan di surau tamannya.katanya pada suatu mlm ajk surau meletakkan baris kanak2 diantara barisan dewasa...hasilnya = anak2 ini tak menimbulkan masalah seperti sebelumnya(buat bising,bergurau dll).mungkin rasa diri mereka diperhatikan.bijakkan.

merujuk kuliah us ahmad shukri yusoff (ex ppz), dr segi fqhnya..jikalau kanak-kanak hadir awal dah berada di saf hadapan, maka itu haknya dan lelaki dewasa yg lambat maka saf berikutnyalah tempatnya yer....tak salah begitu.iyelah berat juga tugas ajk surau/masjid ni yer...tapi ibu/bapa juga berperanan dlm perkara ini, agar keharmonian masjid/surau itu terjaga. mudah-mudahan institusi masjid ini kembali agung di negara kita.. wallah'ualam.

aku juga tertarik dgn kuliah al fadhil ust dato' tuan ibrahim tuan man, beliau sering mengalakkan ibu/bapa membawa anak2 ke masjid. katanya..anak-anak ini berlari/bergurau itu biasa,cuma luarbiasanya jika bapa yg berlari..hehehe.mudah-mudahan anak2 ini teradaptasi dgn suasana masjid dan islam... allah huakbar. namum perana ibu/bapa dlm menasihati anak2 ini juga tetap ada agar tidak menganggu jemaah lain.lagi pun kebanyakkan masjid sekarang besar2 semuanya..


kat atas ni suasana di dewan solat masjid istiqlal, ibukota jakarta...suasana selepas solat maghrib. masjid ni kalu bulan ramadhan cukup hebat jemaahnya,mungkin kita sering lihat di akhbar....ribuan manusia memenuhi safnya..itulah kehebatan ramadhan. buat diriku utamanya dan mereka yg sudi membaca, semoga ramadhan ini akan dpt membentuk keimanan yg tinggi dan istiqamah dlm ibadat kita seterusnya.amin..

Thursday, August 19, 2010

Bulan Lapan Bulan Ramadhan Tahun 2010

huh..lama betul tinggalkan blog ni....tengok2 rasa2 nak update le sesikit...pada tarikh ni adalah ramadhan yg ke-10 tahun 2010, nak masuk fasa kedua. fasa pertama rahmat,fasa ke dua keampunan dan fasa ke tiga pelepasan seksa neraka.ermm mudah-mudah dipermudahkan Allah urusan ibadat ini...

gambar kat atas ni satu lokasi yg memang best dan aman damai dan jauh dari kesibukan...nak pegi..ermm carilah lokasi dia kt gunung raya langkawi..aku mahu rasa aman, tenang dan damai ketika ini...indah sungguh ramadhan yer...