Wednesday, March 25, 2009

Anda mudah, kami pun mudah


Just nak share lagi hari ni berkaitan pentingnya perancangan majlis dan juga pembantu terutamanaya tips ni utk pengantin lah yer. Dari beberapa pengalaman yg telah saya lalui, dan mayb banyak telah diperkatakan dimana-mana artikel berkaitan kepentingan pembantu atau perancangan dlm perkahwinan ni dpt elakkan kita bebarapa perkara yg akan mengganggu majlis kita tu..antaranya:
  1. bila pengantin tengah makeup atau bersanding dan ada special tetamu yg nak balik dan pengantin sendiri kena bagi goodies,sebab barang tu letak dlm bilik pengantin.kalu ada pembantukan senang,tak menggangu majlis hari tu..kan pengantin ni di tittlekan 'Raja Sehari'.
  2. Bebarapa keluarga terdekat pengantin bertanyakan hal spt butang baju,nak pinjam iron,nak pinjam itu nak tumpang ini kat bilik penbgantin..pastu plak pengantin tgh makeup lagi..kan menggangu tu..kesian lah pengantin tu....
  3. Lagi satu masa nak fotografi terutam group..ada kengkawan yg malu nak bergambar dgn pengantin..sian pengantin tu yg kena pujuk kawan tu ajak bergambar..malu katanya....sporting ler...so pembantu pastikan org2 ni dah ada yer..
  4. senarai merenjis juga seeloknya perlu di sediakan,kalu tak haru kan..kena panggil 2~3 kali..kan dh melambatkan majlis..
  5. nak bergambar family pun kadang2 tak cukup korum...so berikan tugas tu pada pembantu,ini biasdnya kena dr keluarga terdekat pengantin tu sendiri,contohnya kakak atau adik dia...lancar sikit prosess tu..
Kesimpulan dia,pastikan majlis kita hari tu lancar dan jadikan satu majlis yg kita dan tetamu akan ingat sebagai majlis yg cukup teratur dan meriah..kan best camtu..:)

zaki ilyas
write with love
0136776213

special promo : wedding storybook bemula dari RM 1132 sahaja..untuk bulan Mei 2009.details hubungi saya..

Tuesday, March 24, 2009

Jurugambar "Berbayar"

Jurugambar cukup sinonim dalam majlis-majlis keramaian ketika ini, terutama sekali dalam majlis pernikahan/perkahwinan. Tak kiralah majlis tersebut utk org melayu ke,cina ke, india atau alin-lain bangsa. Tugas diorang ni jugak sebenarnya bukan hanya pada hari majlis tersebut sahaja. Bagi aku biasanya kerja ini bermula selepas sahaja client tu setuju untuk mengambil kita sebagai fotographer mereka. Ketika itulah kita akan recee lokasi majlis,membayangkan shoot2 yg akan dibuat mengikut tema,contohnya....ermm selain tu juga bukan semua pengantin ni mesra kamera.Kena jugalah fikir macamana nak menjinakkan mereka ni pada majlis tersebut...itu antara serba sedikitlah sebelum majlis..walaupun kengkadang majlis tu akan berlangsung 4~5 bulan lagi...kerja-kerja RESEARCH telah pun dijalankan...ini ramai org tak taukan...
Kemudian pada majlis berlangsung plak...ermm masa nilah kita naik "syehh"..kadang-kadang ada gak makcik-makcik yg tegur..." uihhh mcm tu skali ambil gambor..sampai terbaring-baring"...ermmm yelah kita tak salahkan dia kot..masa makcik tu dulu kahwin kita pun boleh agak macamna gambar dia..dan stail fotographer tu...mungkin lebih kurang camni lah yer.."ok duduk tegak-tegak..kepala tegak....pengantin laki senyum...pengantin pempuan senyum..ermm kenapa gincu tak cukup merah...ok-ok tongkat dagu...."...(itulah kot agaknya) dan hasil dia mungkin gambar yg cukup skema..:)
Ermm bukan tak ok..bagi aku,..aku akan applykan segala benda yg ada di sekeliling event tu...baru menunjukkan suasanakan...(itu antara serba sedikit semasa majlis)
Lepas habis majlis plak...hermm ketika pengantin sibuk ber"honeymoon" atau mungkin mak,ayah pengantin sibuk mengira "duit salam" ketika inilah fotographer ni berhempas pulas plak menyiapkan album,mengedit gambar dan lain-lain kerja yg boleh dikategorikan sebagai -post production..(itu pun antara serba sedikit tanggungjawab fotographer ni...)
Walaubagaimanapun kemuncak kegembiraan fotographer ni plak bila masa deliver album/produk pada client tu....bila client happy dpt album diaorang..masa ni cukup best,maksudnya kerja-kerja kita dihargailah yer...
Isham&Azean
Cuma yg saya nak share sikit kat sini...yelah dr pengalaman kita gak,kengkadang tu kita rasa akan merimaskan bila tugas-tugas kita dihalang oleh lain-lain jurugambar yg kalu boleh kata sebagai tak rasmilah yer...mereka ni palk lebih-lebih dan kadang kadang tu plak siap boleh keluar ayat-ayat macam "issyhh kacau le", "tepilah sikit", "alah ganggu le"..mmm harap-harap mereka ni fahamlah yer..kita perlukan shoot tu sebab pengantin dah hired kita dan keutamaannya sepatutnya pada tugas jurugambar berbayar nilah yer...sebenarnya bukan nak marah,cuma geram jer...tapi bagi saya..saya anggap ni cabaranlah yer..cuma macam saya nak cakap kat sini just share jer..
Macam saya pun kalu pergi ke majlis kenduri sebagai jemputan kadang-kadang tu mencelah juga ambil gambar tapi kita masih menghormati jurugambar rasmi pada hari tu...ermm mcm tu lah kaedah yg sepatutnya yer...ambil lah masa ketika jurugambar tu bagi peluang pada lain-lain jurugambar,bukan masa dia tengah "mengarahkan subjek tu"..faham kot yer
Dee&Shima
So kat sini gak ada preview utk Dee dan Shima dan juga skali lagi Isham dan Azean..enjoy this entry..


zaki ilyas
write with love
0136776213

special promo : wedding storybook bemula dari RM 1132 sahaja..untuk bulan Mei 2009.details hubungi saya..

Monday, March 23, 2009

Mohd Isham & Che Azean- nikah @ Batu Balai Jerantut


Entry kali ini memaparkan majlis antara Isham dan Azean.majlis mereka diadakan di batu balai,jerantut. Azean ni bertugas sebagai guru di Sarawak manakala Isham diSemenanjung sahaja. Majlis nikah yg berlangsung ni sangat lancar dan dgn sekali lafaz sahaja azean sah menjadi isteri kepada Isham.tahniah lah yer... Isham ni plak kalu seklai imbas macam Cico Harahap...yelah,anak kepada pelakon/penyanyi Uji Rashid tu.tapi bukan yer..Cico tu dah kahwin...
So Untuk Isham dan Azean selamat menempuh alam rumahtangga yer,moga kekal hingga ke akhir hayat..

Sunday, March 22, 2009

Jengka 22

Alhamdulilah..hujung minggu baru ni sekalai lagi aku pulang ke kampung,jengka 22. fuhh best.bagi aku saat paling aku suka bila masuk jer kawasan jengka ni udara dia cukup fresh...hilang rasanya masalah kerja dan segala kesesakan ketika di bandar ni. Alhamdulilah sekali lagi ada juga aku kampung...kalu bercerita dgn org-org bandar ni mesti mereka terbayang-bayang jer mcmana suasana tersebut...susah kan. Lagipun sejak ada highway LPT ni perjalanan tu selesa sikit, cuma tol aje lah kena caj, tapi aku nak komen tentang jalan LPT ni dr mula buka sampai skang mesti ada je kerja-kerja repair jalan tu...ermm dah mcm "rumah siap pahat masih berbunyi"..benda yg perlu kita lihat sebagai pengajaranlah yer..

Aha..nilah jln masuk ke kampung aku,sebenarnya signbord/pintu gerbang ni baru jer dipasang pada hari tu....aku anggap akulah yg rasmikannya ni hahahaha......Felda Jengak 22 @ Felda Terkis. lagi satu sebelah kanan tu adalah ladang sawit milik abah aku...ermm lokasi yg stategik yelah dah rezekikan, nasib baik tu..ada sesetangah org itu ladang dia jauh dan hampir dgn hutan pun ada.. Kat bawah ni palk jalan nak masuk ladang..tu...dan disebalik kehijauan pokok-pokok sawit tulah adanya pokok raja buah..buah durian ler. Kebetulan plak pagi tu semasa aku,abah dan abang aku ke ladang dan sambil kutip buah durian bapa saudara aku pun datang jugak...herm adalah gambar kenangan diorang aku ambik kat sini...emmrmm abah dgn bapa saudara aku ni masuk felda ni pun sama-sama..dah hampir 30 tahun diorang menetap diPahang ni...
Dalam masa berlegar-legar mencari durian dan sambil-sambil tgk pokok-pokok sawit ni aku teringat masa kecik-kecik dulu.kat sinilah aku selalu bermain kalu ikut arwah mak dan abah aku ni ke ladang....dulu ladang ni ladang getah,bila tanam semula felda decide tanam sawit plak...yelah sawit ni harga dia lebih baik sikit pada getah..
Dulu pondok ni lah tempat aku bermain..dulu rasa besar jer pondok ni,tapi skang bila tengok keciknyer.pondok ni lah tempat aku simpan rbarang mainan dan juga bekal makanan kalu ke sini...ermmm nostalgia betul ler.


Ni plak masa aku dgn wife dtg cari durian pada hari sebelumnya.masa tu dah ptg dah, barui balik pd wedding assigment,cuba nasib cari durian so dpt jugak le ptg tu dalam 4 biji...fresh tu.tangkai hijau lagi.cuma durian baru ni maslah dia masa nak bukak tu susah sikit...jenuh nak bukak..tgk ni dsatin aku pun nak interframe..hahahah..

Itulah seronoknya kalu berbakti pada tanah ni....abah aku pun ada cakap yg durian dia tanam ni antara yg tiptop kat jengka 22 ni,banyak org order..maksudnya org puashatilah dgn kualiti buah tuh.lagi satu ada sesetangah durian tu buah dia nampak kerepot jer..tapi isi dia memang sedap..susah nak cakap dgn tulisan ni :)...
ermm itujer lah buat entry ni...rasanya macm nak balik lagi jer minggu ni...hahahah.

zaki ilyas
write with love
0136776213

special promo : wedding storybook bemula dari RM 1132 sahaja..untuk bulan Mei 2009.details hubungi saya..

Thursday, March 19, 2009

Birthday Boy- Iman Syamil

Pada tarikh 18.3.2009 bersamaan 21 Rabiulawal 1403H genaplah 6 tahun teruna ni...
Majlis harilahir ni telah diadakan di Taski Nurhayannah, Taman Pelangi...
Tahun ni kami plan memang nak diadakan di sekolah iman ni..meraikan bersama-sama rakan-rakan sekolah Taski dia.Terima kasih juga pada guru-guru Taski yg turut membantu..
selamat menyambut harilahir, moga menjadi anak yg hebat dan amat berguna pada ibu-bapa,agama,bangsa dan negara..amin...

Wednesday, March 18, 2009

Mohd Isham & Che Azean

So utk entry majlis perkahwinan ni ada sedikit preview utk majlis antara Isham dan Che Azean yg berlangsung di Batu Balai Jerantut. Mula-mula tgk Isham ni iras-iras Cico pun ada...ala anak pelakon/penyanyi Uji Rashid tu...yelah agaknyer itu yg Azean sangkut ni kot...hahaha
ermm cuba tengok kat bawah ni yer..pengantin tgh tunggu bas ni...nak g haneymoon :)


Semalam jugak 18.3.09 adalah harilahir utk anak saya muhammad iman syamil...genap 6 tahun umur dia.next entry ni kita tngok plak majlis dia...
Manakala utk azean dan ada beberapa entry majlis perkahwinan..saya akan upload satu persatu..masa agak peak skrang ni...
So utk azean dan cico..opss silap isham, selamat pengantin baru dan iman, happy birthday...

zakiilyas
0136776213

Sunday, March 15, 2009

Cerita Misteri...????

Alhamdullilah hujung minggu baru ni selesai satu assigment di Batu Balai Jerantut....tempat yg cukup fresh..
Majlis diantara Sham dan Azean...pictures pun x sempat nak upload lagi utk entry ni..masih dalam sd card lagi...hehehe
Cuma nak cerita sikit pengalaman pada hari tu....
Kisah bermula .....petang tu sekitar jam 6.30 ptg 14 mac 09 dalam kami kemasjid sebenarnya tujuan nak bersihkan diri sebelum menunggu masuk maghrib dan persediaan untuk cover majlis nikah selepas tu....tapi bila sampai di masjid tu nampaknya masjid sedang dlm proses renevation.erm its oklah...tapi dalam masjid tu nampak mcm ada ramai orng lelaki,perempuan dan kanak-kanak...
Jadi kami lajak sikit kedepan nak u turn,maklumlah jalan kg ni kiri-kanan jalan semak,kena cari simpang dulu ler nak u-turn....kemudian kami sampai semula di masjid tu...dan berhenti seketika dan sempat perhatikan masih ada org di dalam masjid tu, tapi lampu tidak dipasang seolah-oleh mereka berbincangkan sesuatu/ berkumpul dan kemusykilan u bertambah kerana di halaman masjid tu tiada sebarang kenderaan....eermm org ramai kenderaan tiada?
kemudian terfikir lagi....kot-kot pengantin lelaki utk majlis mlm ni ...tapi kami dimaklumkan pengantin lelaki bertolak terus dr bandar jerantut dan akan ke surau dulu....ermmmm musykil lagi...
siapa ramai-ramai dlm masjid tu...?
ada dlm 2-3 minit disitu tanpa teringat utk turun dan jenguk kami ambil keputusanlah utk ke surau di kg Konggo (salah satu kg yg ada dlm daerah Batu Balai ni)..
ermm kejadian tu terus berputar dlm fikiran kami...ermm siapa agak2 org dlm masjid tu..
Waalahualam....mungkin mereka juga mahluk Allah...
Itulah...sebaik-baiknya org-org lama kata kita ni kalu nak masuk dkt kawasan/kg org kena lah beringat...ye lah seingat kami, tak der rasanya bernda yg kurang manis kami buat, mungkin ada hikmahnya lah yeee...
Allah Huakbar...besar sungguh kuasaNya..
So itulah sikit pengalam nak share pd entry ni..moga menjadi pengalam yg baik utk saya sendiri...

note 1: cerita ini tiada kaitan dgn pengantin dan juga majlis mereka....ini adalah pengalaman penulis sendiri...heheheh
note2: utk pengantin -menu hidangan pada majlis Azean dan Sham ni memang best...A+++ punya...

write with love
zaki
0136776213

Wednesday, March 11, 2009

Balik Kampung vs Durian....

Minggu ni aku dan family cadang nak balik Pahang...tambahan pulak skang ni musim durian ...
best tu..durian fresh dr pokok...
Kalu keluar sekitar Greenwood ni (tempah tinggal aku) banyak gerai durian yg jual buah tu dan claim semua dr Pahang....Bagi aku juga balik kampung ni sebagai salah satu terapi jugak ler dari kebosanan dan kekalutan bandaraya ni....uhhh menyesakkan rasanya..keluar pagi jem/bising balik pun sama. Idea penuh dgn keserabutan,agaknya itu sebablah org-org dulu tajam fikirannya, yelah suasana yg hijau dan tenang mudah mereka berfikir dan beramal.Peh mcm kaunselor plak...

Itulah sikit cite bila kenangkan kampung ni...aman,fresh dan tenang...bila fikir2 syukur juga sebab ada kampung yer...
Dalam godek-godek harddisk pc ni jumpa palak gambar eye of malaysia ni..a.k.a buaian pusing gergasi...ni masa dia kat tasik titiwangsa..skang dah ghaib dan timbul kt melaka lak..erm rasa rugi plak tak teringat nak shoot benda ni masa dia ada kat kl....ni jer yg ada.
Yelah sementara benda masih ada kita kena hargai yer tak.....
Ehh apa kaitan cerita buaian pusing ni dgn entry ni..haaahhh utk semua sementara kita masih ada ibu atau bapa seringlah jenguk diorang yer..hargailah sepenuhnya masa dia ada...

ok...write with LOVE

Monday, March 2, 2009

Kalu tak percaya tak per....


dah tak percaya...oklah ambiklah org yg boleh dipercayaikan....
tapi kenapa masih diberikan tanggungjawab dan masih meminta pada yg tak dipercayai tu....
erfff..lain kali fikir dulu sebelum bagi keputusan..yer...
jgn jadi macam biawak..opsss iguana (bahasa lebih berlapik)..lidah bercabang...

nota: entry ni tiada kaitan dengan kerja-kerja gambar org kawin...hehehe utk org lain...

Friday, February 27, 2009

Usaha Tangga Kejayaan....

Alhamdullilah...hari ni tercapai impian pertama aku yg aku set masa mula-mula involve dlm fotografi ni..."upgrade machine".....
Ermm utk capai sesuatu kita kena ada target...pastu mesti ada plan dan seterusnya work with ur plan..insyaAllah...lambat ke cepat ke tak kisahlah tapi bila tercapai fuhhhh senyum..
Selain tu gak dlm ekonomi skang ni..rancangalah simpanan kita dgn sebaiknya, ini lah masanya utk buat saving terutamanya dlm unit trust conthnya dan menyimpan dlam insurans yg ada medic card...peace of mind org kata...
Apa-apa pun aku sgt seronot hari ni...:)

zaki ilyas
0136776213
love is power...

Thursday, February 26, 2009

Cerita Pak Samad

Terbaca nukilan Saterawan Negara Dato' A. Samad Said....penuh makna di dalamnya.
ditambah pula dgn sifat belaiu yg merendah diri dgn menyatakan..."Saya sudah umumkan dulu, saya bukan Sasterawan Negara, saya lebih senang dipanggil sasterawan rakyat,"

Berikut nukilan sajak beliau, ermm sama-sama lah kita renungkan..

Lalu, aku sayu dan aku pilu;
lalu, aku ragu dan aku malu …

Buah ranum pada tangkai;
bahasa gugur dari hati,
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?

Lalu pemimpin angkuh berkata …

Aku apa peduli
Kalaupun Shakespear turun ke bumi!

Lalu Sasterawan Negara bersumpah lagi …

Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri.

Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu,
berlidah dua.

Wednesday, February 25, 2009

Pulau Tawar, Jerantut dan Mat Kilau






Hujung tahun lepas dalam perjalanan pulang selepas cover satu majlis di jerantut dan kebetulan pula balik melalui Pulau Tawar dan nak ceritanya teringat pula yg disini pernah terkenal dgn Pahlawan Melayu Mat Kilau.
Sambil melilau kiri dan kanan kebetulannya lalulah dikawasan tanah perkuburan dimana disitulah bersemadinya pejuang negara Mat Kilau...(Al-Fatihah kepada rohnya)
Ermmm besar hati ini rasanya dapat ziarah pusara seorang pejuang yg cukup wibawa.....moga-moga pejuang kebangsaan akan terus subur hingga kini di jiwa setiap rakyat Malaysia...terutamanya..pejuang-pejuang dan pencinta-pencinta Islam...aminn..

cameron highlands






Entry ni just nak paparkan jer cerita trip ke cameron baru-baru ni....Masa pergi baru ni kebetulan cuaca hujan...agak terbatas nak bergerak,tapi yg bestnya cuaca sejuk mejuk....
Rasanya kalu bukan hujan mesti sejuk dia ala kadar jer kot, yelah berdasarkan maklumat yg mengatakan cameron ni dah tak macam dulu lagi....cuaca dan berubah..ermm angkara manusia juga.
So kat sini sy selitkan lah serba sedikit gambar-gambar kat sana tu....dan seperti biasa,jgn harap ler tukang ambik gambar nak masuk dlm gambar..harharhar...sebab sy kena duduk kt belakang kamera...kalu tak kamera mogok..lain-lain gambar kita selitkan masa ke semasa....gerak dulu...chow...

Thursday, January 8, 2009

Fisya&Izuwan-nikah@Selayang Pandang



Ok masih entry fisya dan izuwan,tetapi untuk majlis nikah diaorang palk.majlis berlangsung dirumah fisya di Selayang Pandang.mayb jarang org dengar nama selayang pandang ni, tapi tempat ni memang wujud pun...Malam tu pengantin lelaki datang dr tasik puteri rawang.so untuk fisya dan izuwan,selamat pengantin baru sekali lagi..enjoy

Wednesday, January 7, 2009

Fisya&Izuwan@ Selayang Pandang





Ok..jumpa lagi hehehe.entry ni utk fisya dan izuwan....sebelum ni salah eja nama izuwan,fisya dah betulkan sori...org sayang suamikan....
mula-mula jumpa fisya dan wan ni nampak mcm izuan- serius org nye dan fisya- ni pemalu, tapi bila dah dekat majlis diorang dia dah jinak..(friendly ler yer). ok fisya dan izuwan sekali lagi selamat pengantin baru...dan selidik-selidik ramai gak kengkawan yg dtang hari tu belum kawin...so kalu free bagitau ler kt kengkawan tu jenguk2 kami yer...hehehe
enjoy entry ni yer..