Wednesday, December 15, 2010

Jalan-jalan ke utara

ermm lama x update blog ni...kalu ada yg termasuk mesti juihh mulut...x update..hehehe....just share program bulan ni ambik cuti 2 hari...dapat lima hari...dari sabtu (4/11) hingga rabu (8/11)..mula otw ke sg petani hari ahad, g kenduri kawen kawan opis, pastu jalan2 sikit...isnin-selasa penang dan rabu tu g taiping plak..kesimpulan pertama...penang makan dah mahal ler skang...taiping plak best....rileks je town dia...kesimpulan kedua...enjoy trip ni...summary? seronok ler dude....kan cuti ngan family...hehehe :)...next entry kita enjoy gambar plak..tunggu ler...
kat pantai batu ferenggi

penang bridge

kenduri fazli...

ermm samping tu juga x lupa/dan tak lambat kot nak ucap tahniah kepada persatuan belia jengka 22..johan anugerah belia felda nasional tahun 2010 ni...tahniah....

Thursday, September 2, 2010

tol free LPT...

kalu tgk/baca suratkhabar dan ada list konsesi tol yg dh bagi diskaun sempena perjalanan raya nikan....LPT plak bagi 100% pufff best tu..tapi perjalanan pulak hanya 7hb (9mlm)-8hb (6 pg)....pada pandangan aku mlm tu mesti ramai yg memulakan perjalanan balik kg kalu dah mula cuti pada 8 hb..ermm aku pun tgh berkira2 utk waktu tu...cumanya sedikit perkara berbelah bahagi bila kenangkan balik masa tu kita berada dlm 10 akhir ramadhankan....maklumlah masjid2 di selangor ni cukup2 meriah aktiviti dia pada mlm 10 akhir ni...rasa mcm rugi pun ada gak...

mcm tahun lepas aku dah lalui pengalaman melekat kt highway ni mula tol gombak sampai lepas bentong.....hampir 3 jam atas highway tu.belum habis lagi perjalanan tu...bersahur dlm kete time tu...moga2 tak ler kut utk tahun ni...:)

lama dah aku tak jumpa kengkawan...agak diaorang raya kt jengka ker tahun ni.....

Sunday, August 29, 2010

31 ogos = hari kebangsaan Malaysia...

Esok tanggal 31 ogos 2010, genap tarikh Malaysia menyambut hari kebangsaan yg ke 53. Tapi aku perhatikan sambutannya kurang dan promosinya juga kurang....ya, mcm2 boleh kita utarakan/bagi pendapat disini...tiada paksaan atau mesti kena percaya setiap pendapat tu...
pada pandangan aku, hanya ingin menyentuh dua perkara...

Kurang sambutan= mungkin kerana kita berada dlm bln ramadhan, org lebih tertumpu tentang ibadat dan persedian sepanjang tempoh bulan tersebut... ibadat lebih penting untuk keberkatan hidup kita, jgn jadi org yg rugi. namun islam itu syumul, semua perkara kalu niatnya kerana Allah pasti ada ganjarannya. oleh itu pastikan persedian itu menurut aturan islam dan kerana Allah, bukan kerana individu tertentu atau untuk nama...wallahualam.

Promosi= sikit jer aku nak cakap, dalam paper,berita hal-hal berkaitan kemerdekaan/kebangsaan ini tak semeriah dahulu, media-media ni sibuk dgn perkara-perkara yg tak perlu dan tak sepatutnya diadakan di bulan ramadhan ni (kebetulan 31 ogos berada dlm bulan ramadhan)..fitnahnya,adu dombanya, dann arrrrrghh hilang modd aku memikirkannya...
aku ingat lagi masa sekolah kecik2 dulu, cikgu selalu sarankan baca suratkhabar utk membantu dlm menyediakan karangan/pengetahuan am dll, tapi sekarang kalu baca pun x der kaitan langsung...errrmmm....muak aku.

erm cukuplah kat situ, bagi aku sebagai peringatan...ramadhan akan masuk ke fasa terakhir dimana janji Allah terdapat 1 mlm yg lebih baik dr seribu bulan. Allah huakhbar....motivasi itu lebih baik utk menaikkan mood aku semula..mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan aku dlm mengharunginya..amin

aku rindu dah kat kampung ni....walaupun kerap balik, tapi bila time ramadhan-syawal ni mood dia lagi...hehehehe

Friday, August 20, 2010

Kisah Ramadhan

ermm 2 hari lepas ketika sebelum solat isyak di tempat wudhu...ada seorang lelaki dewasa meninggikan suara menyuruh sorang anak kecik percepatkan wudhunya...lain kali kalu nak cepat dtg lah awalkan..takpun ambillah wudhu di rumah dahulu....ermmm wallah'ualam.

lain cerita plak aku dgr dari sahabat yg bercerita tentang susunan di surau tamannya.katanya pada suatu mlm ajk surau meletakkan baris kanak2 diantara barisan dewasa...hasilnya = anak2 ini tak menimbulkan masalah seperti sebelumnya(buat bising,bergurau dll).mungkin rasa diri mereka diperhatikan.bijakkan.

merujuk kuliah us ahmad shukri yusoff (ex ppz), dr segi fqhnya..jikalau kanak-kanak hadir awal dah berada di saf hadapan, maka itu haknya dan lelaki dewasa yg lambat maka saf berikutnyalah tempatnya yer....tak salah begitu.iyelah berat juga tugas ajk surau/masjid ni yer...tapi ibu/bapa juga berperanan dlm perkara ini, agar keharmonian masjid/surau itu terjaga. mudah-mudahan institusi masjid ini kembali agung di negara kita.. wallah'ualam.

aku juga tertarik dgn kuliah al fadhil ust dato' tuan ibrahim tuan man, beliau sering mengalakkan ibu/bapa membawa anak2 ke masjid. katanya..anak-anak ini berlari/bergurau itu biasa,cuma luarbiasanya jika bapa yg berlari..hehehe.mudah-mudahan anak2 ini teradaptasi dgn suasana masjid dan islam... allah huakbar. namum perana ibu/bapa dlm menasihati anak2 ini juga tetap ada agar tidak menganggu jemaah lain.lagi pun kebanyakkan masjid sekarang besar2 semuanya..


kat atas ni suasana di dewan solat masjid istiqlal, ibukota jakarta...suasana selepas solat maghrib. masjid ni kalu bulan ramadhan cukup hebat jemaahnya,mungkin kita sering lihat di akhbar....ribuan manusia memenuhi safnya..itulah kehebatan ramadhan. buat diriku utamanya dan mereka yg sudi membaca, semoga ramadhan ini akan dpt membentuk keimanan yg tinggi dan istiqamah dlm ibadat kita seterusnya.amin..

Thursday, August 19, 2010

Bulan Lapan Bulan Ramadhan Tahun 2010

huh..lama betul tinggalkan blog ni....tengok2 rasa2 nak update le sesikit...pada tarikh ni adalah ramadhan yg ke-10 tahun 2010, nak masuk fasa kedua. fasa pertama rahmat,fasa ke dua keampunan dan fasa ke tiga pelepasan seksa neraka.ermm mudah-mudah dipermudahkan Allah urusan ibadat ini...

gambar kat atas ni satu lokasi yg memang best dan aman damai dan jauh dari kesibukan...nak pegi..ermm carilah lokasi dia kt gunung raya langkawi..aku mahu rasa aman, tenang dan damai ketika ini...indah sungguh ramadhan yer...

Wednesday, March 25, 2009

Anda mudah, kami pun mudah


Just nak share lagi hari ni berkaitan pentingnya perancangan majlis dan juga pembantu terutamanaya tips ni utk pengantin lah yer. Dari beberapa pengalaman yg telah saya lalui, dan mayb banyak telah diperkatakan dimana-mana artikel berkaitan kepentingan pembantu atau perancangan dlm perkahwinan ni dpt elakkan kita bebarapa perkara yg akan mengganggu majlis kita tu..antaranya:
  1. bila pengantin tengah makeup atau bersanding dan ada special tetamu yg nak balik dan pengantin sendiri kena bagi goodies,sebab barang tu letak dlm bilik pengantin.kalu ada pembantukan senang,tak menggangu majlis hari tu..kan pengantin ni di tittlekan 'Raja Sehari'.
  2. Bebarapa keluarga terdekat pengantin bertanyakan hal spt butang baju,nak pinjam iron,nak pinjam itu nak tumpang ini kat bilik penbgantin..pastu plak pengantin tgh makeup lagi..kan menggangu tu..kesian lah pengantin tu....
  3. Lagi satu masa nak fotografi terutam group..ada kengkawan yg malu nak bergambar dgn pengantin..sian pengantin tu yg kena pujuk kawan tu ajak bergambar..malu katanya....sporting ler...so pembantu pastikan org2 ni dah ada yer..
  4. senarai merenjis juga seeloknya perlu di sediakan,kalu tak haru kan..kena panggil 2~3 kali..kan dh melambatkan majlis..
  5. nak bergambar family pun kadang2 tak cukup korum...so berikan tugas tu pada pembantu,ini biasdnya kena dr keluarga terdekat pengantin tu sendiri,contohnya kakak atau adik dia...lancar sikit prosess tu..
Kesimpulan dia,pastikan majlis kita hari tu lancar dan jadikan satu majlis yg kita dan tetamu akan ingat sebagai majlis yg cukup teratur dan meriah..kan best camtu..:)

zaki ilyas
write with love
0136776213

special promo : wedding storybook bemula dari RM 1132 sahaja..untuk bulan Mei 2009.details hubungi saya..

Tuesday, March 24, 2009

Jurugambar "Berbayar"

Jurugambar cukup sinonim dalam majlis-majlis keramaian ketika ini, terutama sekali dalam majlis pernikahan/perkahwinan. Tak kiralah majlis tersebut utk org melayu ke,cina ke, india atau alin-lain bangsa. Tugas diorang ni jugak sebenarnya bukan hanya pada hari majlis tersebut sahaja. Bagi aku biasanya kerja ini bermula selepas sahaja client tu setuju untuk mengambil kita sebagai fotographer mereka. Ketika itulah kita akan recee lokasi majlis,membayangkan shoot2 yg akan dibuat mengikut tema,contohnya....ermm selain tu juga bukan semua pengantin ni mesra kamera.Kena jugalah fikir macamana nak menjinakkan mereka ni pada majlis tersebut...itu antara serba sedikitlah sebelum majlis..walaupun kengkadang majlis tu akan berlangsung 4~5 bulan lagi...kerja-kerja RESEARCH telah pun dijalankan...ini ramai org tak taukan...
Kemudian pada majlis berlangsung plak...ermm masa nilah kita naik "syehh"..kadang-kadang ada gak makcik-makcik yg tegur..." uihhh mcm tu skali ambil gambor..sampai terbaring-baring"...ermmm yelah kita tak salahkan dia kot..masa makcik tu dulu kahwin kita pun boleh agak macamna gambar dia..dan stail fotographer tu...mungkin lebih kurang camni lah yer.."ok duduk tegak-tegak..kepala tegak....pengantin laki senyum...pengantin pempuan senyum..ermm kenapa gincu tak cukup merah...ok-ok tongkat dagu...."...(itulah kot agaknya) dan hasil dia mungkin gambar yg cukup skema..:)
Ermm bukan tak ok..bagi aku,..aku akan applykan segala benda yg ada di sekeliling event tu...baru menunjukkan suasanakan...(itu antara serba sedikit semasa majlis)
Lepas habis majlis plak...hermm ketika pengantin sibuk ber"honeymoon" atau mungkin mak,ayah pengantin sibuk mengira "duit salam" ketika inilah fotographer ni berhempas pulas plak menyiapkan album,mengedit gambar dan lain-lain kerja yg boleh dikategorikan sebagai -post production..(itu pun antara serba sedikit tanggungjawab fotographer ni...)
Walaubagaimanapun kemuncak kegembiraan fotographer ni plak bila masa deliver album/produk pada client tu....bila client happy dpt album diaorang..masa ni cukup best,maksudnya kerja-kerja kita dihargailah yer...
Isham&Azean
Cuma yg saya nak share sikit kat sini...yelah dr pengalaman kita gak,kengkadang tu kita rasa akan merimaskan bila tugas-tugas kita dihalang oleh lain-lain jurugambar yg kalu boleh kata sebagai tak rasmilah yer...mereka ni palk lebih-lebih dan kadang kadang tu plak siap boleh keluar ayat-ayat macam "issyhh kacau le", "tepilah sikit", "alah ganggu le"..mmm harap-harap mereka ni fahamlah yer..kita perlukan shoot tu sebab pengantin dah hired kita dan keutamaannya sepatutnya pada tugas jurugambar berbayar nilah yer...sebenarnya bukan nak marah,cuma geram jer...tapi bagi saya..saya anggap ni cabaranlah yer..cuma macam saya nak cakap kat sini just share jer..
Macam saya pun kalu pergi ke majlis kenduri sebagai jemputan kadang-kadang tu mencelah juga ambil gambar tapi kita masih menghormati jurugambar rasmi pada hari tu...ermm mcm tu lah kaedah yg sepatutnya yer...ambil lah masa ketika jurugambar tu bagi peluang pada lain-lain jurugambar,bukan masa dia tengah "mengarahkan subjek tu"..faham kot yer
Dee&Shima
So kat sini gak ada preview utk Dee dan Shima dan juga skali lagi Isham dan Azean..enjoy this entry..


zaki ilyas
write with love
0136776213

special promo : wedding storybook bemula dari RM 1132 sahaja..untuk bulan Mei 2009.details hubungi saya..