Sunday, March 22, 2009

Jengka 22

Alhamdulilah..hujung minggu baru ni sekalai lagi aku pulang ke kampung,jengka 22. fuhh best.bagi aku saat paling aku suka bila masuk jer kawasan jengka ni udara dia cukup fresh...hilang rasanya masalah kerja dan segala kesesakan ketika di bandar ni. Alhamdulilah sekali lagi ada juga aku kampung...kalu bercerita dgn org-org bandar ni mesti mereka terbayang-bayang jer mcmana suasana tersebut...susah kan. Lagipun sejak ada highway LPT ni perjalanan tu selesa sikit, cuma tol aje lah kena caj, tapi aku nak komen tentang jalan LPT ni dr mula buka sampai skang mesti ada je kerja-kerja repair jalan tu...ermm dah mcm "rumah siap pahat masih berbunyi"..benda yg perlu kita lihat sebagai pengajaranlah yer..

Aha..nilah jln masuk ke kampung aku,sebenarnya signbord/pintu gerbang ni baru jer dipasang pada hari tu....aku anggap akulah yg rasmikannya ni hahahaha......Felda Jengak 22 @ Felda Terkis. lagi satu sebelah kanan tu adalah ladang sawit milik abah aku...ermm lokasi yg stategik yelah dah rezekikan, nasib baik tu..ada sesetangah org itu ladang dia jauh dan hampir dgn hutan pun ada.. Kat bawah ni palk jalan nak masuk ladang..tu...dan disebalik kehijauan pokok-pokok sawit tulah adanya pokok raja buah..buah durian ler. Kebetulan plak pagi tu semasa aku,abah dan abang aku ke ladang dan sambil kutip buah durian bapa saudara aku pun datang jugak...herm adalah gambar kenangan diorang aku ambik kat sini...emmrmm abah dgn bapa saudara aku ni masuk felda ni pun sama-sama..dah hampir 30 tahun diorang menetap diPahang ni...
Dalam masa berlegar-legar mencari durian dan sambil-sambil tgk pokok-pokok sawit ni aku teringat masa kecik-kecik dulu.kat sinilah aku selalu bermain kalu ikut arwah mak dan abah aku ni ke ladang....dulu ladang ni ladang getah,bila tanam semula felda decide tanam sawit plak...yelah sawit ni harga dia lebih baik sikit pada getah..
Dulu pondok ni lah tempat aku bermain..dulu rasa besar jer pondok ni,tapi skang bila tengok keciknyer.pondok ni lah tempat aku simpan rbarang mainan dan juga bekal makanan kalu ke sini...ermmm nostalgia betul ler.


Ni plak masa aku dgn wife dtg cari durian pada hari sebelumnya.masa tu dah ptg dah, barui balik pd wedding assigment,cuba nasib cari durian so dpt jugak le ptg tu dalam 4 biji...fresh tu.tangkai hijau lagi.cuma durian baru ni maslah dia masa nak bukak tu susah sikit...jenuh nak bukak..tgk ni dsatin aku pun nak interframe..hahahah..

Itulah seronoknya kalu berbakti pada tanah ni....abah aku pun ada cakap yg durian dia tanam ni antara yg tiptop kat jengka 22 ni,banyak org order..maksudnya org puashatilah dgn kualiti buah tuh.lagi satu ada sesetangah durian tu buah dia nampak kerepot jer..tapi isi dia memang sedap..susah nak cakap dgn tulisan ni :)...
ermm itujer lah buat entry ni...rasanya macm nak balik lagi jer minggu ni...hahahah.

zaki ilyas
write with love
0136776213

special promo : wedding storybook bemula dari RM 1132 sahaja..untuk bulan Mei 2009.details hubungi saya..

No comments: