Tuesday, March 24, 2009

Jurugambar "Berbayar"

Jurugambar cukup sinonim dalam majlis-majlis keramaian ketika ini, terutama sekali dalam majlis pernikahan/perkahwinan. Tak kiralah majlis tersebut utk org melayu ke,cina ke, india atau alin-lain bangsa. Tugas diorang ni jugak sebenarnya bukan hanya pada hari majlis tersebut sahaja. Bagi aku biasanya kerja ini bermula selepas sahaja client tu setuju untuk mengambil kita sebagai fotographer mereka. Ketika itulah kita akan recee lokasi majlis,membayangkan shoot2 yg akan dibuat mengikut tema,contohnya....ermm selain tu juga bukan semua pengantin ni mesra kamera.Kena jugalah fikir macamana nak menjinakkan mereka ni pada majlis tersebut...itu antara serba sedikitlah sebelum majlis..walaupun kengkadang majlis tu akan berlangsung 4~5 bulan lagi...kerja-kerja RESEARCH telah pun dijalankan...ini ramai org tak taukan...
Kemudian pada majlis berlangsung plak...ermm masa nilah kita naik "syehh"..kadang-kadang ada gak makcik-makcik yg tegur..." uihhh mcm tu skali ambil gambor..sampai terbaring-baring"...ermmm yelah kita tak salahkan dia kot..masa makcik tu dulu kahwin kita pun boleh agak macamna gambar dia..dan stail fotographer tu...mungkin lebih kurang camni lah yer.."ok duduk tegak-tegak..kepala tegak....pengantin laki senyum...pengantin pempuan senyum..ermm kenapa gincu tak cukup merah...ok-ok tongkat dagu...."...(itulah kot agaknya) dan hasil dia mungkin gambar yg cukup skema..:)
Ermm bukan tak ok..bagi aku,..aku akan applykan segala benda yg ada di sekeliling event tu...baru menunjukkan suasanakan...(itu antara serba sedikit semasa majlis)
Lepas habis majlis plak...hermm ketika pengantin sibuk ber"honeymoon" atau mungkin mak,ayah pengantin sibuk mengira "duit salam" ketika inilah fotographer ni berhempas pulas plak menyiapkan album,mengedit gambar dan lain-lain kerja yg boleh dikategorikan sebagai -post production..(itu pun antara serba sedikit tanggungjawab fotographer ni...)
Walaubagaimanapun kemuncak kegembiraan fotographer ni plak bila masa deliver album/produk pada client tu....bila client happy dpt album diaorang..masa ni cukup best,maksudnya kerja-kerja kita dihargailah yer...
Isham&Azean
Cuma yg saya nak share sikit kat sini...yelah dr pengalaman kita gak,kengkadang tu kita rasa akan merimaskan bila tugas-tugas kita dihalang oleh lain-lain jurugambar yg kalu boleh kata sebagai tak rasmilah yer...mereka ni palk lebih-lebih dan kadang kadang tu plak siap boleh keluar ayat-ayat macam "issyhh kacau le", "tepilah sikit", "alah ganggu le"..mmm harap-harap mereka ni fahamlah yer..kita perlukan shoot tu sebab pengantin dah hired kita dan keutamaannya sepatutnya pada tugas jurugambar berbayar nilah yer...sebenarnya bukan nak marah,cuma geram jer...tapi bagi saya..saya anggap ni cabaranlah yer..cuma macam saya nak cakap kat sini just share jer..
Macam saya pun kalu pergi ke majlis kenduri sebagai jemputan kadang-kadang tu mencelah juga ambil gambar tapi kita masih menghormati jurugambar rasmi pada hari tu...ermm mcm tu lah kaedah yg sepatutnya yer...ambil lah masa ketika jurugambar tu bagi peluang pada lain-lain jurugambar,bukan masa dia tengah "mengarahkan subjek tu"..faham kot yer
Dee&Shima
So kat sini gak ada preview utk Dee dan Shima dan juga skali lagi Isham dan Azean..enjoy this entry..


zaki ilyas
write with love
0136776213

special promo : wedding storybook bemula dari RM 1132 sahaja..untuk bulan Mei 2009.details hubungi saya..

No comments: